List Pencalonan .. updated 12.39-121008
latest1210
Saturday, October 11, 2008
Friday, January 12, 2007
why qolop??
I'm obsess with q.o.l.o.p.
Untuk terus hidup dan masa depan berkeluarga Abah saya merantau dari Rengit Johor ke Selangor dan bermastautin di Merbau Sempak Sg. Buloh. Di situ dia bertemu dengan mak saya yang juga dibawa Tok Wan saya Arwah Awang Sulaiman dan Arwah Udoh Taib merantau dari Bukit Merah Perak. Setelah berkeluarga abah berfikiran panjang untuk masa depan keluarga. Dia adalah antara orang yang pertama meneroka tanah d kawasan bersebelahan yang kemudiannya dinamakan sebagai kg Kubu Gajah Dalam. Siang malam mak abah meneroka dan membersihkan berekar-ekar hutan. Kerana sunyi mereka memberikan bukan seekar, malah berekar-ekar abah berikan kepada bakal bakal jirannya. Situ saya dilahirkan.
Kg pedalaman yang daif, semua daif, Abah Mak cekal hidup dengan membuat sawah dan menoreh getah. Rumah asal dibuat dengan bahan apa yang ada dan yang sesuai, antaranya dari sekeping kad board berwana coklat licin (seakan papan batu) yang agak besar, sesuai dijadikan dinding bilik anak-anak. Dinding ini ternyata amat berguna kepada kami 6 beradik. Abang saya adalah anak Kubu Gajah Dalam pertama yang menjejak kaki ke Universiti (UM).
Dengan menggunakan kapur kasut, Abang dan kakak saya menggunakannya untuk menulis dan mebuat latihan Ilmu Hisab. Saya dan kembar perempuan tak seiras saya menggunakannya untuk menconteng. Peringkat seterusnya belajar untk melukis, tentunya lukisan petama kanak kanak adalah muka abah dan mak dan seperti adanya muka abah dan mak yang terhasil oleh saya hanyalah satu dot besar yang comot. Sini datangnya kakak saya mengajar melukis muka orang dengan menulis huruf kecil Q O L O P, "tulis q.o.l.o.p dan sambungkan kaki q dengan kaki p dengan lengkungan setengah di atas dan bawah q dan p. Bubuh titik anak mata dalam O dan satu garisan mulut dibawah l, taraaaa.... jadi muka abah" ajar kakak. Huruf Rumi yang pertama saya kenali adalah bukan ABC tetapi QOL dan P.
Kini qolop menjadi book mark saya akan asal usul saya. Ia seakan abah yang sentiasa memerhati saya, mengintai saya dan kini ia menjadi saya yang memerhati anak-anak yang kian membesar. Cuba menurunkan ilmu melukis ini kepada anak-anak, tetapi kini mereka lebih suka mengguna 'paint brush', 'mouse' dan teknik 'cut and paste' dari fail hard disk untuk menggambarkan abah dan Ummi mereka. Dalam kerja sekolah bertajuk 'Keluarga Saya' gambar Abah, Ummi, Nurin, Sainie dan Qistina sebijik sebijik terpampang siap print kaler lagi.... Zaman berubah!!
Namun dengan rakan rakan Q O L dan P yang lain, saya akan terus memerhati dan menghurai apa yang di seliling kita menurut pandangan...
____________qolop______________

Buat Pertama Kali
12 Jan 2007 10.28 p.m this blog was created..... Am I ready for this????
Time will tell.
Time will tell.
Subscribe to:
Posts (Atom)